Sabtu, 14 Januari 2012

Tips Menjaga Kuku

# Untuk memastikan tata rias kuku bertahan lama, sapukan minyak kutikel pada lapisan atas kuku selepas rawatan bagi membantu mengekalkan kesan kilat dan lembab. Kesannya berpanjangan selepas sehari melakukan rawatan. 

# Untuk mengekalkan kecantikan kuku, sapukan ia dua hari sekali supaya sentiasa nampak berkilat dan baru.

# Gunakan minyak kutikel khas supaya ia menjadi lembut dan lembap. Minyak kutikel membantu mengelakkan kutikel kasar dan kering daripada timbul.

# Elakkan kulit daripada kering bagi menjaga kuku kaki dan tangan kelihatan muda remaja. Minum air sebanyak mungkin. Selain itu, sapu losyen yang kaya dengan kolagen yang boleh menyerap kulit tangan, kaki serta lebihkan ia pada bahagian yang sangat kering.

# Lakukan rawatan kuku sekerap yang mungkin, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk rias kuku tangan dan sekali sebulan untuk rias kuku kaki. Jangan biarkan ia dibiar  lama tanpa penyelenggaraan seterusnya.

# Bagi mengekalkan kuku sentiasa dalam keadaan baik, lindungi kuku daripada sebarang benda yang boleh merosakkan dan menjadi rapuh. Lindungi dengan cara menyapu minyak khas pada permukaan kuku.

# Untuk hasil terbaik, gilap kuku terlebih dahulu bagi melindungi ia daripada pecah.



# Kuku kaki lebih terdedah kepada kesakitan dan kekeringan kerana salah memakai kasut. Amalkan dengan mengeringkan kaki dengan betul dan periksa tapak yang pecah dan kering yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria.

# Gunakan berus kuku dan berus penyental bagi membuang sel kulit mati di tapak kaki. Jika kaki terkena jangkitan bakteria, sapukan bedak.



# Gunakan stokin jenis kain kapas bagi membantu menyerap kelembapan. 

# Sapu losyen pelembap setiap malam yang kaya dengan mentega shea dan Vitamin E supaya kaki lembut dan lembab sentiasa. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye , Assalamulaikum !
Dah Baca ? Ape lagi KOMEN la . :)
Satu pon boleh ~